Dalam kegembiraan sebahagian guru meraikan kenaikan pangkat mereka, ada sebilangan guru-guru yang telah menghabiskan PJJ dan telah ditemuduga SPP berada terumbang-ambing tentang nasih mereka. Sekurang-kurangnya 7,975 lepasan PJJ yang telah lulus menunggu surat pelantikan yang heboh beberapa bulan lalu termasuk kenyataan Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran. Kini ianya sunyi sepi tanpa khabar berita .Maklumat terkini dalam web NUTP @ KKPK berbunyi,
"Urusan Pelantikan DG41 PJJ/OUM kini dalam proses dan masih lagi menunggu kelulusan dari JPA. bertarikh 25.04.2012."
Sementera dalam pemantauan kami tiada kesatuan lain kecuali NUTP yang memberi info dan menyuarakan isu PJJ ini. Adakah semua yang terlibat itu hanya ahli-ahli NUTP sahaja ? Atau dalam Malaysia ini hanya NUTP sahaja yang berjuang untuk kaum guru ? Mungkin kut sebab TPM atau KPM pun bila rujuk kesatuan guru hanya sebut NUTP sahaja.
Berbagai rintihan mereka suara dan luahkan ...
Harap KPM dapat keluarkan pekeliling terbaru mengenai lantikan dg41 guru yang buat pjj secepat mungkin. Mungkin ini dapat mengurangkan tekanan semua guru yang terlibat, lebih-lebih lagi ada rakan yang 3-4 tahun lagi nak bersara wajib. (sumber)
Assalamualaikum.
Saya adalah antara ribuan guru yang menamatkan PJJ/OUM dan telahpun menghadiri temuduga DG41 pada Mac 2011 yang lalu. Malangnya sehingga sekarang tiada sebarang khabar berita mengenainya. Sedangkan rakan-rakan sepengajian dengan kami, tarikh konvonya sama, dan ditemuduga pada Januari 2011 telah dilantik ke jawatan DG41. Kumpulan minoriti tersebut telah menikmati gaji di gred DG41 sejak bulan Oktober 2011 dengan tunggakan kerana mereka dilantik pada 02 Oktober 2010. Harap ada pihak yang prihatin tentang perkara ini. Terima kasih. (sumber)

Kita berharap rintihan mereka didengar oleh pimpinan kesatuan, pihak kerajaan dan kpm. Berilah sedikit sokongan di saat kita meraikan kenaikan pangkat dan gaji baru kita...